Monday, December 21, 2009

DR YUSUF AL-QARDAWI : TOKOH TAJDID

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis Darul Sunnah)

Diambil dari: http://drmaza.com/home/?p=885

Kedatangan Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi. Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.

Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya:

“Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain.

Bahkan kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk dia menyelami dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, satu dalil dengan dalil yang lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab.

Bahkan kadang-kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafii, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud (maksudnya Daud al-Zahiri-pen). Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar dari mazhab sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Ja’fariyyah ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian masalah dalamnya.

Mungkin juga kita akan mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Bahkan kita kadang kala akan keluar dari kesemua mazhab itu pergi ke dataran luas fekah para sahabat Nabi s.a.w, tabi’iin, dan atba’ al-tabi’in yang mana mereka ini tiada mempunyai sebarang mazhab yang diikuti. Mereka seperti al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan para sahabat r.ahum yang lain.

Demikian juga murid-murid mereka seperti mereka yang dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah yang lain yang para sahabah dan murid-murid mereka bertebaran. Antaranya; Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata`, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka…” (Fiqh al-Jihad, 1/24, Kaherah: Maktab Wahbah).

Saya fikir jika ada orang yang ingin berpegang dengan keluasan mazhab atau intelektualisma yang seperti itu di Malaysia tentu akan ada yang menuduh ini puak ‘derhaka mazhab’, tidak beradab dengan jasa orang-orang lama kita, keluar mazhab Syafi’i, rasa terlalu pandai dan berbagai lagi. Bahkan lebih trajik; wahabi dan sesat.

Sebab itulah barangkali pandangan-pandangan agama kita membeku dan generasi baru tidak dapat melihat keluasan Islam akibat kesempitan jendela fikir kita. Kita kononnya ini menghormati khazanah agama di Tanah Melayu sehingga kita melarang orang lain meneliti pandangan luar mazhab, padahal kita lupa tindakan seperti itu menyebabkan kita menyisihkan sekian banyak khazanah kesarjanaan dari berbagai-bagai aliran pemikiran dalam umat ini. Bukan salah bermazhab, tetapi salahnya itu fanatik mazhab sehingga menganggap setiap yang luar itu salah dan enggan menilai lagi pendapat yang dipakai hanya kerana ‘ini mazhab kita!!’.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi ketika memperkatakan tentang Manhaj Mu’asir li al-Fatwa (Kaedah Semasa Dalam Fatwa) menyebut perkara pertama adalah “Membebaskan diri dari fanatik dan taklid”. Beliau menyebut:

Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian“. Dikatakan “ tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu”.

Aku tidak rela untuk diriku salah satu dari sifat tersebut. Membebaskan diri dari fanatik mazhab itulah sebenarnya merupakan penghormatan yang sepenuhnya kepada para imam dan fakih (ahli fekah). Tidak bertaklid kepada mereka bukanlah merendahkan kedudukan mereka, sebaliknya itulah yang menepati jalan mereka, juga melaksanakan wasiat mereka agar tidak bertaklid kepada mereka.

Kita mengambil agama dari sumber yang mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah). Juga tidak bertalkid kepada mereka bukanlah bererti mengabaikan fekah dan warisan mereka. Sebaliknya, sewajarnya merujuk dan mengambil faedah daripadanya, dari pelbagai aliran tanpa berat sebelah ataupun fanatik. Pendirian seperti ini tidak mensyaratkan seorang sarjana muslim yang berdikari kefahamannya itu mesti sampai ke peringkat ijtihad mutlak seperti para imam yang terdahulu.” ( al-Qaradawi, al-Fatwa bain al-Indibad wa al-Tasaiyub, m.s 101, Beirut: al-Maktab al-Islami).

Ungkapan kemerdekaan ilmu dan kebebasan diri dari kongkongan taksub amat dimusuhi oleh sesetengah pihak. Oleh kerana sejak sekian lama mereka dipayung oleh rasa fanatik lalu mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan lagi apa yang dilontarkan oleh guru mereka sehingga pemikiran agama menjadi longlai dan dihakiskan oleh cabaran zaman.

Namun kelompok agama ini tetap ingin mewarisi takhta ‘empayar agama’ yang tokoh-tokohnya tidak boleh dipersoal, atau pandangan mereka dibincang semula, maka mereka pun mengeluarkan fatwa siapa keluar mazhab dia sesat’, atau ‘siapa banyak tanya atau mengkritik pandangan kita atau kebiasaan kita dia biadap’, bahkan siapa yang cuba memahami Islam di luar dari yang kita terangkan maka ‘dia sesat dan terkeluar dari Ahlus Sunnah’.

Seakan bagi mereka ini para sarjana Islam dari mazhab-mazhab yang lain kesemuanya sesat dan bukan Ahlus Sunnah sehingga kita dilarang memahami dan berpegang dengan kajian mereka! Hal ini bertambah buruk apabila aliran tarekat turut berkembang dalam negara kita kebelakangan ini. Ramai dalam kalangan tarekat yang memegang tradisi ‘jangan tanya, ikut saja’ amat marah melihat gerakan pembaharuan yang meminta agar fungsi akal dihidupkan dalam mengikuti agama ini. Islam adalah agama fitrah dan waras. Akal mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam sehingga orang gila atau belum sempurna akalnya tidak diletakkan atas neraca dosa dan pahala.

Ibn Taimiyyah

Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut

Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).

Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’.

Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah:

“Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok, jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau.

Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai ‘anjing yang menyalak’.

Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi ‘gergasi’ dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya.

Monday, December 7, 2009

ADAKAH KITA BENAR-BENAR BERMAZHAB SYAFIE?

Pada hari ni kita lihat isu menuduh seseorang yang berbeza pendapat sebagai Wahabi sudah melampau dan perlu dibendung dengan segera. Mereka ini mengaku bermazhab Syafie sedangkan tidak arif mengenai Qaul (kata-kata) Imam Syafie yang sebenar. Manakala orang awam pula dibutakan dengan Taqlid buta dan mati-matian mempertahankan amalan bid'ah dengan menggunakan nama Imam Syafie dan memperguna istilah bid'ah hasanah. Setelah ditanya kepada orang awam itu apakah nama sebenar Imam Syafie? Mereka tidak dapat menjawabnya walhal nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad Bin Idris. Bila ditanya apakah 1 nama kitab Imam Syafie, mereka langsung tidak tahu. Bagaimana mereka boleh berhujah mengenai Imam Syafie sedangkan mereka langsung tidak mengetahui fakta sebenar.

PERIHAL KEWAJIPAN BERMAZHAB


Mereka menuduh siapa yang menolak satu-satu hukum dalam mazhab Syafie adalah sesat namun pada hakikatnya merekalah yang menolak pendapat Imam Syafie.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).



PERIHAL TAHLIL ARWAH




Mereka menuduh orang yang menolak kenduri arwah itu sebagai Wahabi dan tidak menghormati Mazhab Syafie yang membenarkan tahlil arwah sepertimana yang dilakukan di Malaysia. Namun mereka yang jahil ini sebenarnya berbohong atas nama Imam Syafie sendiri.

Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa :

وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْ رَهُ الضِّ یَافَةُ مِ نَ الطَّعَ امِ مِ نْ اَھْ لِ الْمَیِّ تِ لاَنَّ ھُ شَ رَعَ فِ ى السُّ رُوْرِ وَھِ يَ
بِدْعَةٌ
“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan
yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah
bid’ah”.

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ
حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat puluh harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Berkata Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:

مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan BID'AH YANG MUNGKAR”

SILA RUJUK KITAB I'ANATUTTALIBIN HALAMAN 145!!

Adakah layak kita menuduh orang lain Wahabi dan mengaku bermazhab Syafie sedangkan kita pada hakikatnya menderhakai fatwa Imam Syafie sendiri. Sedangkan anak murid Imam Syafie iaitu Imam Nawawi sendiri mengharamkan amalan orang Melayu seperti berikut:

Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, JANGAN ENGKAU TEWAS DISEBABKAN SEDIKIT YANG MELALUINYA. Jauhilah jalan yang sesat. JANGAN ENGKAU TERPENGARUH DENGAN BANYAKNYA GOLONGAN YANG ROSAK”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, BESAR KEHARAMANNYA, dan FASIKNYA sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225- 226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Adakah kita termasuk orang yang fasiq kerana tidak membantahnya sebaliknya mempertahan mati-matian sambil menuduh orang yang mempertahankan sunnah itu Wahabi?

PERIHAL MALAM NISFU SYA'BAN.

Sekali lagi orang yang membantah amalan Nisfu Sya'ban digelar wahabi dan dituduh tidak menghormati mazhab Malaysia iaitu Mazhab Syafie sedangkan Imam Syafie tidak pernah menyuruh kepada Amalan Malam Nisfu Sya'ban dalam mana-mana kitabnya pun. Sebaliknya amalan ini difatwakan sesat oleh Ulama terkemuka iaitu PROF DR YUSUF AL-QARDAWI.





Fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha).

Adakah DR YUSUF QARDAWI merupakan seorang Wahabi?

PERIHAL ZIKIR SELEPAS SOLAT.

Mereka yang jahil menuduh mereka yang tidak berzikir beramai-ramai dengan nyaring selepas solat seperti di Masjid-masjid kita sebagai wahabi dan menolak Mazhab setempat iaitu Mazhab Syafie. Sedangkan secara tidak sedar kitalah yang telah menderhakai Imam Syafie:

Dalam Kitab Agung Imam Syafie al-Umm disebut: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).

Kita tidak sedar orang yang dituduh Wahabi itu adalah Imam Syafie sendiri. Siapakah yang menghina Imam Syafie sebenarnya?

PERIHAL LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT

Orang Melayu juga tidak ketinggalan menuduh orang yang tidak menyebut "Usolli" sebelum niat solat adalah penentang mazhab Syafie dan merupakan seorang Wahabi. Jika disemak di dalam mana-mana kitab Imam Syafie seperti Ar Risalah dan Al-Umm, tidap pernah pun diajarkan sebutan "usolli" itu oleh Imam kesayangan kita itu. Adakah benar dakwaan kita itu? Berikut dilampirkan Fatwa Antarabangsa oleh PROF DR YUSUF QARDAWI

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: (Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan IMAM GHAZALI: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”.

PERIHAL FADHILAT KHAS SURAH YASIN

Amalan menganggap membaca Yasin di Malam jumaat merupakan Sunat adalah suatu tanggapan yang bohong terhadap agama yang suci ini. Kita tidak pernah menghalang membaca surah Yassin pada malam jumaat tetapi menganggap ia mempunyai kelebihan tertentu ketika malam jumaat adalah suatu perbuatan bid'ah (mengada-adakan hal agama yang baru). Jika Imam Syafie masih hidup, barangkali beliau juga akan mengkritik hebat amalan orang Melayu ini. Mereka hanya berpegang kepada hadith yang palsu mengenai fadhilat surah yasin pada malam jumaat:

"Ertinya : Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".
(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247). Keterangan : Hadits ini Palsu.

Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

Hadith palsu pun tidak menerangkan fadhilat Yasin di Malam Jumaat sedangkan Hadith Sahih yang lain menerangkan fadilat surah Al-Kahfi di hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)

Orang Melayu juga sering mengamalkan Hadith Palsu dengan membaca Yasin kepada orang yang nazak. Buktinya adalah seperti berikut:

"Ertinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya".
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Teringat ketika bersekolah rendah dahulu Ustazah pernah mengatakan bahawa Surah YASIN ADALAH HATI AL-QURAN. Mari kita semak adakah benar dakwaan Ustazah kita itu?

"Ertinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali".
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadits Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.
(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).

KESIMPULAN


Jika kita menyemak banyak lagi Fatwa Imam Syafie bertentangan dengan Amalan orang melayu itu sendiri dan jika benarlah Wahabi menentang amalan-amalan bid'ah itu, maka golongan wahabilah golongan yang 'sekepala' dengan Imam Syafie RH.

Kita tertanya-tanya mengapakah Imam-Imam ini bermati-matian menentang amalan bid'ah. Jika kita ingin mengetahuinya, ia juga dihentam oleh semua Ulama Ahli sunnah seperti berikut:

Berkata ‘Abdullah bin ‘Abbas rAdhiyallahu ‘anhu: "Sesungguhnya perkara-perkara yang PALING DIBENCI oleh Allah adalah bid’ah-bid’ah." (Dikeluarkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-Kubra 4/316)

Berkata Sufyan Ats-Tsauriy: "Bid’ah itu lebih disukai oleh Iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya (masih diharapkan untuk bertaubat), sedangkan pelaku bid’ah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebid’ahannya (sulit diharapkan untuk bertaubat)." (Dikeluarkan oleh Al-Laalikaa`iy 1/133 dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 7/26 dan Al-Baghawiy dalam Syarhussunnah 1/216)

Berkata Al-Imam Malik bin Anas: "Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu kebid’ahan yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sungguh ia telah menuduh bahwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhianati risalah, karena sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagi kalian." Maka apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, maka tidak menjadi agama pula pada hari ini." (Al-I’tisham, Al-Imam Asy-Syathibiy 1/64)

Dari Jabir bin ‘Abdillah rAdhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam suatu khuthbahnya (yang artinya): "Ammaa ba’d, Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitaabullaah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan SETIAP bid’ah adalah sesat." (HADITH RIWAYAT. Muslim no.867)

Mungkin dendangan puisi ini sesuai untuk bagi mereka yang sudah membaca artikel ini:

Puisi Wahabi (Klik)










Sunday, December 6, 2009

SALAH FAHAM MENGENAI PURDAH

Bila ditanya kepada si pemakai purdah apakah dalil purdah itu bertahap sunat atau wajib, ramai yang tidak mampu menjawabnya sedangkan apa yang kita amalkan perlu diketahui sumbernya.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Terdapat banyak dalil bahawa purdah bukan pakaian syariat SEKALIPUN WANITA ITU CANTIK DAN MENARIK PERHATIAN PADA WAJAHNYA.

Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah al-Anmari, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِrجَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلَانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلَالِ *

Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط al-Ausad . Al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, pada hadith yang ke- 235, berkata: sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan)

Menurut hadith di atas ini Rasulullah tidak pun menasihatkan wanita yang berjaya menarik perhatian baginda supaya berniqab/purdah tetapi baginda menyelesaikan gelora nafsu dengan cara halal. Jika wanita itu berpurdah, masakah Nabi sendiri terpikat dan naik nafsunya.

Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya”(shahwat) (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Daripada Ibn ..Abbas r.a., katanya:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهمَا قَالَ كَانَ فَجَاءَتِ الْفَضْلُ رَدِيفَ النَّبِيِّ فَجَعَلَ الْفَضْلُrامْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ فَجَعَلَ يَصْرِفُ وَجْهَ النَّبِيُّrالْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Al-Fadhal (bin ..Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath..am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin ..Abbas memandangnya. Dia adalah seorang WANITA YANG CANTIK. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan WANITA BERWAJAH CANTIK WAJIB MENUTUP WAJAH ADALAH PEMBOHONGAN TERHADAP DALIL SUNNAH. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya ibn ..Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla, jld 2, m.s. 248)

Jika dibaca kesuluruhan hadith di atas, kita akan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, IAITU TAHUN KE 5 HIJRAH. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat DAN PALSU SEMATA-MATA. IA HANYA REKAAN AHLI ZUHAD NAMUN SEJARAH TARIKH TURUNNYA WAHYU TIDAK BOLEH DITIPU.

Oleh kerana tiada hujah yang mengatakan purdah pakaian syariat sebaliknya yang membuktikan purdah bukan pakaian syariat lebih banyak, maka muktamadlah purdah bukan pakaian Syariat. Jika kita ingin memakai purdah silakan tapi HARAM MEREKACIPTA KELEBIHANNYA DAN FADHILATNYA KERANA IA TIADA DALAM NAS TENTANG STATUSNYA WAJIB ATAU SUNAT.

Namun awas, harus diingat bahawa Nabi melarang keras LIBASUSSUGHRAH yakni pakaian yang aneh dari orang setempat yang menutup aurat. Pakaian aneh akan menarik banyak mata ke arah si pemakai sedangkan tujuan menutup aurat bukanlah untuk menarik pandangan orang lain.

Adalah SATU KEBOHONGAN jika siapa yang menafikan bahawa ratusan orang melihat secara khusus jika anda berjalan di pasar raya MALAYSIA dengan berpurdah. Sebab itu Nabi menegah libasussghra yang dapat mengubah tujuan berpakaian itu sendiri. Tujuan asal untuk supaya tidak diganggu dan tidak diperhatikan, malangnya jadi perhatian utama dalam satu-satu kawasan itu jika anda berpurdah. Islam tertegak atas dasar Hujah dan Dalil bukannya emosi. Janganlah kita ghuluw dalam beragama sehingga menjauhkan orang bukan Islam untuk menyertai Islam di Malaysia ini dengan membawa Imej extreme yang sebenarnya bukan syariat. KALAU NAK PAKAI PERGI LA KE ARAB SAUDI KERANA DI SANA MEMANG BUDAYA MEREKA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM LAGI.

TAPI INGAT, PERGI HAJI BUKA PURDAH YA KERANA HARAM BERPURDAH KETIKA BERIHRAM!

Sunat atau wajib boleh diisytihar jika terdapat Dalil sahih dr Quran dan hadith sahaja. Tidak ada jalan lain untuk memutuskan kewajipan atau kesunatan kecuali 2 jalan itu sahaja. Jika tidak ia menjadi bid'ah munkarah.

Sesuatu benda tidak akan menjadi wajib tanpa dalil. Wajib tidak boleh disandarkan pada alasan ia mendatangkan fitnah. Nabi pun tak suruh wanita cantik berpurdah menurut hadith kisah yg saya sebut sebelum ini. Oleh itu mengatakan ia wajib jika wajah cantik adalah PEMBOHONGAN TERHADAP ALLAH DAN RASUL.

Jika kita mengatakan ia sunat dan wajib tanpa dalil ini sama dengan kita berbohong atas nama Allah dan Rasulnya. Ini kerana sunat atau wajib hanya datang dari kata-kata Allah dan Rasul sahaja.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Ingat, jangan mudah mengatakan WAJIB TANPA DALIL. Wajib tidak boleh diputuskan menggunakan tanggapan semata-mata. Jika kita mengatakan wanita tertentu itu jatuh hukum wajib memakai purdah, ia seperti mengatakan haram wanita itu menunjukkan wajah. Islam telah memberi amaran terhadap perbuatan ini dalam dalil berikut:

Ertinya: "Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian memalingkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang AKU TIDAK TURUNKAN KETERANGAN (DALIL) PADANYA." (Riwayat Muslim)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

MENGENAI PENDEBATAN BAHAWA WAJAH WANITA YANG MENDATANGKAN FITNAH (CANTIK) ADALAH HARAM DIPERLIHAT ADALAH PERDEBATAN YANG SIA-SIA KERANA IA SUDAH DIBERI AMARAN OLEH RASULULLAH!

“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhāri: VI/2658/6859.)


Kita bukan anti purdah tapi ingin mengembalikan Islam pada asalnya bukan Islam tokok tambah. Dalam agama ni tak boleh kurang atau lebih (ghuluw). Jangan kita bagi imej salah kepada Islam sampai orang bukan Islam takut ingin mendekati Islam.

Jangan kerana ia nampak baik maka kita kata ia syariat dan menokok tambah ia wajib atau sunat. Menurut firman Allah.

“Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

Mengenai burka ia memang budaya negara Arab dan menjadi kebiasaan kepada mereka. Jadi siapa yang memakainya bukanlah dikategorikan libasussughrah (pakaian ganjil) dan tidak menarik banyak mata. Namun jika dipakai di Malaysia, ia akan menarik ribuan mata manusia ke arah anda. Anda lebih diperhatikan dari orang lain sedangkan anda wanita. Sedangkan lelaki sendiri dilarang berpakaian aneh agar tak menjadi tumpuan, inikan pula wanita.

Dalam kes Malaysia, orang menganggap pakai purdah itu selalunya lawa. Jika semua orang dah tahu, adakah itu merbahaya kepada wanita itu kerana orang lain tahu dia pasti cantik!

Kembalilah kepada Islam yang asal berteraskan Quran dan hadith. Islam ni sederhana. Kurang haram, berlebih (bid'ah) pun haram. Boleh pakai purdah kalau diiktikad dalam hati ia fesyen arab semata-mata. Boleh pakai kalau sekeliling anda ramai berpurdah supaya anda tidak menjadi perhatian utama.

Sebab itu kita tengok orang yang belajar tinggi dalam Ilmu hadith sehingga pHD pakaian mereka sederhana sahaja. Seperi Shaikh Yusuf Al-Qardawi, Syaikh Naseruddin Al Albani (pakar hadith dunia), Dr Mohammad Asri dan lain-lain.

Namun kita berasa ganjil mengapa orang sekolah pondok, orang yang tak banyak tahu hujah dalil atau lemah penguasaan kajian hadithnya pakaiannya sangat Arab dan Extreme. Maaf jika tersinggung. Kita tak jumpa pun pakar hadith bertaraf Faqih di kalangan wanita yang berpurdah tetapi berpakaian sederhana sahaja. Sebab itulah golongan paling ramai berpurdah dalam Malaysia ini adalah golongan Al-Arqam namun mereka semua mudah-mudah ditipu oleh ketua mereka. Adakah mereka terlalu cetek Ilmunya sehingga mudah ditipu dengan menyertai Al-Arqam?

Oleh itu kembalilah kepada Islam yang asli. Semua perkara dalam Islam datang dengan dalil Quran dan Hadith. Set minda kita semua benda dalam Islam itu BERDALIL. Baru kita boleh jadi pengamal Sunnah yang kuat. Mari kita contohi kata-kata Imam Besar mazhab yang sangat kuat berpegang pada prinsip DALIL DALAM SEMUA PERKARA.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam ahmad bin Hambal berkata :(mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Asy-Syafi’i, beliau berkata:(mazhab syafie)
“Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

Setelah kita teliti kata-kata semua Imam Mazhab yang agung ini, ia seperti selari dengan apa yang ingin saya sampaikan. Mari kita sama-sama ubah cara fikir masyarakat iaitu berfikir berdasarkan hujah yang tepat dan sahih lagi bersumber. Sebab itu semua hujah yang saya datangkan ada saya sertakan sumber rujukan yang detail.

"Bawalah Islam seperti asalnya, bersederhanalah dan jangan menyebabkan orang bukan Islam sudah tidak minat dengan Islam"


Wallahua'lam